Monday, October 25, 2021
Google search engine
HomePelaburanASB FinancingASBF - Fahami Dahulu Selok Belok Sebelum menyimpan dan melabur sebelum nak...

ASBF – Fahami Dahulu Selok Belok Sebelum menyimpan dan melabur sebelum nak pilih Bank mana yang terbaik.

Bila keliru nak pilih bank mana yang terbaik

Sebelum apply ASBF, kita wajib faham selok belok pelaburan terlebih dahulu. Antara soalan popular yang sering ditanya:-

1. Berapa Tempoh Minimum dan Maksimum untuk memohon ASBF?

Tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 40 tahun. Tetapi itu hanya tempoh yang ditetapkan untuk menentukan kadar bayaran bulanan dan kadar keuntungan bank. ASBF boleh terminate/dijual semula pada bila-bila masa. Sebaiknya lepas setahun untuk dapat dividen yang ditunggu-tunggu orang ramai yang memiliki akaun ASB.

Ramai yang target nak simpan untuk tempoh 3-5 tahun sahaja untuk capai matlamat jangka masa pendek dan sederhana tapi bergantung juga kepada anda. Jadi untuk dapatkan keuntungan maksimum, boleh ikat tempoh paling panjang 40 tahun, tetapi terminate awal selepas berjaya kumpul duit selepas 3-5 tahun.

2. Mana Lebih Untung??? Tempoh pendek atau panjang ???

Ikut konsep the power of compounding, tempoh paling panjang adalah paling menguntungkan. Ini kerana kita boleh dapat sijil ASB yang besar dengan modal yang kecil.

3. Kalau tempoh panjang, nanti kena bayar interest tinggi kepada bank. Bank untung banyak kan?

Ya betul, bank untung banyak. Tapi pedulik lah bank nak untung banyak mana atau rugi sekalipun. Yang penting kita sebagai pelabur, kita kena tengok dan rasai sendiri keuntungan kita. Tak perlu nak kepoci kira keuntungan bank pulak. Jika ada 2 pilihan, yang mana kita akan pilih?

– Tempoh pendek. Bank untung sikit. Pelabur bayar mahal, dividen dapat sikit. Pelabur TAK UNTUNG.

– Tempoh panjang. Bank untung banyak. Pelabur bayar murah, dividen dapat banyak. Pelabur UNTUNG.

Jadi pilihan di tangan anda.

4. Takaful ASBF wajib ambil ke?

Takaful untuk ASBF tak wajib ambil pun (mungkin sesetengah bank wajibkan). Memang tak digalakkan ambil takaful terutamanya takaful long term. Bayaran takaful akan dimasukkan ke dalam loan dan menjadikan jumlah loan lebih tinggi. Contohnya ASBF 100K, termasuk takaful total loan menjadi lebih kurang RM103K. Jadi hutang setiap bulan akan menyusut bermula daripada 103K. Untuk hutang susut sehingga kurang daripada 100K mengambil masa anggaran lebih kurang 2 tahun.

5. Denda sebab terminate awal?

Sebenarnya tiada denda kalau terminate awal. Ramai yang salah faham antara denda dan shortfall (kekurangan). Jika terminate sebelum hutang susut, pelabur perlu membayar shortfall tersebut kepada bank. Contohnya ketika terminate baki hutang tinggal RM101K. Sijil ASB yang diserahkan semula kepada bank hanya bernilai 100K. Jadi shortfall RM1K tersebut perlu dibayar kepada bank sebab pelabur masih berhutang kepada bank akibat mengambil takaful yang panjang.

6. Boleh ke ambil takaful short term?

Ada bank menawarkan interest rate yang lebih rendah jika kita ambil takaful. Contohnya tanpa takaful rate 3.55% tetapi dengan takaful bank bagi rate 3.45%.

Ini penting. Kalau berlaku kes macam ini, kita digalakkan ambil takaful minimum 5 tahun sahaja. Walaupun terdapat sedikit penambahan dalam jumlah loan, tetapi bayaran bulanan kita akan jadi lebih rendah berbanding tanpa takaful disebabkan perbezaan interest rate. So ada 3 kelebihan jika ambil takaful minimum;

– Bayaran bulanan yang lebih rendah.

– Dapat perlindungan takaful jika berlaku kematian atau cacat kekal.

– Takda masalah kalau nak terminate awal sebab hutang susut dengan lebih cepat berbanding jika ambil takaful tempoh panjang.

Jadi sebenarnya kita boleh pilih tempoh loan maksimum 40 tahun, tetapi takaful cover cuma minimum 5 tahun sahaja. Pilihlah dengan bijaksana.

7. ASBF ada lock in period?

Lock in period ini adalah kontrak antara peminjam dengan bank yang menghalang peminjam terminate/jual semula ASBF dalam tempoh tertentu, contohnya 3 tahun. Jika peminjam terminate sebelum cukup tempoh 3 tahun, akan dikenakan penalti.

Lock in period ini biasanya ada pada ASB Loan konvensional. ASB Loan konvensional hukumnya haram sebab ada riba. Untuk ASBF Islamic, tiada lock in period. Boleh terminate anytime. Jadi pilihlah ASBF Islamic yang halalan toyyiban.

8. Bila bulan yang sesuai untuk terminate?

Bila-bila pun sesuai kalau kita nak berhenti menyimpan. Cuma kita kena ingat dividen ASBF akan dapat pada bulan 1 setiap tahun. So katakan kita terminate pada bulan 6, dividen untuk simpanan dari awal tahun sampai bulan 6 akan dapat pada bulan 1 tahun hadapan. Prinsipal akan dapat lebih awal setelah proses terminate selesai.

9. Jika saya apply pada bulan 6. Nak buat teknik rolling dividen dan bayar modal untuk tahun pertama sahaja, berapa bulan saya kena bayar?

Untuk membolehkan kita bayar menggunakan dividen, kita perlu bayar selama 12 bulan lengkap. Katakan bayaran pertama bermula pada bulan 7/2021, bayaran bulan ke 12 adalah pada bulan 6/2022. Jadi teknik rolling dividen akan bermula pada bulan 7/2022.

Kat sini mungkin akan ada sedikit kekeliruan. Sebabnya dividen dapat pada bulan 1.

– Sebenarnya pada bulan 1/2022 kita akan dapat dividen untuk 6 bulan simpanan bermula bulan 7 hingga 12 tahun 2021.

– Tetapi kita masih belum boleh rolling dividen sebab baru bayar selama 6 bulan. Teruskan bayaran macam biasa sehingga bulan 6/2022. Simpan dahulu dividen dalam akaun ASB. Jangan usik.

– Pada bulan 7/2022, barulah kita ambil dividen yang dapat pada bulan 1. Gunakan dividen tersebut untuk bayaran bulan 7-12 tahun 2022. Jadi selesai bayaran 12 bulan untuk tahun 2022.

– Pada bulan 1/2023, kita akan dapat dividen penuh untuk simpanan tahun 2022. Jadi boleh terus keluarkan dividen dan buat bayaran penuh untuk 12 bulan. Ulang sampai capai target.

10. Berapa umur minimum untuk apply ASBF?

Untuk akaun ASB biasa, anak bawah umur pun boleh buka. Tapi umur minimum untuk apply ASBF adalah 18 tahun. Ramai ibu bapa yang nak buat simpanan untuk anak-anak contohnya untuk dana pendidikan. Takda masalah pun sebenarnya jika anak bawah umur. Boleh buat ASBF atas nama ibu bapa.

Apabila dapat dividen setiap tahun, keluarkan dividen tu dan transfer ke dalam akaun ASB biasa anak-anak. Easy kan? Ulang langkah ini sampai anak umur 18 tahun. Masa ni dah boleh guna nama mereka untuk buat ASBF. Dividen bagi kat anak-anak, prinsipal ibu bapa boleh jadikan dana persaraan.

11. Berapa limit untuk ASBF?

Setiap orang boleh buat maksimum 200K ASBF. Selagi belum cukup 200K, boleh tambah sijil.

12. Boleh ke apply ASBF kalau komitmen tinggi?

Boleh. Bagi sesiapa yang komitmen hutang bank dah tinggi, kebiasaannya bank akan reject permohonan. Tetapi jika kita ada cash untuk buat bayaran setahun terus (12 bulan) bank akan bagi special approval. Tapi tak semua bank boleh buat cara ini.

13. Kalau ada masalah CCRIS sebab tak bayar PTPTN, boleh apply tak?

Kes ini juga memerlukan special approval. Boleh lulus tapi tak semua bank yang akan luluskan. Bab PTPTN saya boleh bantu untuk luluskan. Insyaallah.

Cukuplah 13 soalan ni dulu. Kalau panjang sangat nanti ramai yang malas baca. Sesiapa yang berminat nak belajar lebih lanjut berkenaan ASBF boleh terus hubungi saya di 019-2518008.

diayana ainihttp://diayanaaini.com
Merupakan seorang perunding kewangan termasuklah harta pusaka Islam. Pengkhususan kepakaran saya adalah berkaitan perancangan kewangan seperti pelaburan ASBF, takaful hayat, hibah harta, wasiat dan pengurusan harta pusaka.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments